Minyak Jintan hitam adalah minyak yang paling berkhasiat dan
menyihatkan yang terdapat pada hari ini. Minyak Jintan hitam juga
dikenali sebagai Habbatus sauda yang sangat terkenal di negara-negara
Islam terutamanya di negara Arab. Ia juga dipanggil Nigella Sativa
ataupun black seed oil dikalangan orang barat.
Ia bukanlah salah
satu daripada minyak-minyak biasa yang sering dipromosikan di laman web
kesihatan, tetapi minyak jintan hitam adalah benar-benar bermanfaat
yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun. Hampir 1400 tahun
minyak ini diketahui sejak ia memberikan kesan positif dan ia telah
digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dari gemuruh
sehinggalah penyakit membawa maut terutamanya berkaitan dengan penyakit
jantung.
Umumnya, manfaat kesihatan bagi Minyak Jintan Hitam
dapat disembuhkan khasnya bagi masalah pernafasan. Ini adalah kerana ia
mempunyai ejen yang aktif untuk mengelakkan kekejangan dan menjaga saraf
yang tenang dan terkawal. Ia juga menyokong fungsi tiub bronkial.
Minyak
ini sangat bermanfaat untuk detoksifikasi dan anti-radang. Malah, ia
mempunyai lebih 100 nutrien berbeza yang membantu badan manusia bagi
setiap fungsi yang berlainan. Oleh itu, dengan mengambil minyak ini
dalam jumlah yang diperlukan, ia dapat mengekalkan badan yang sihat
tanpa penggunaan makanan supplemen yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan