Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan
yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara
berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit
akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.
Bagi mereka yang
berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan
yang baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang
dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda
setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g
minyak habbatus sauda.
Saudara dicadangkan mengambil minyak dan
bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari
biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan
sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya,
mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.
Habbatus sauda
dalam bentuk bijian tidak kurang juga pentingnya. Ia juga mengandungi
banyak khasiat. Saya syorkan saudara juga makan sekurang-kurangnya satu
sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.
Sekiranya saudara
tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos
habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg
hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg
minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.
Pengambilan
habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam
badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan
bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari
kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga
mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan
beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan
banyak, minimum 2L sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan