Translate

Facebook Badge

Rabu, 8 Mei 2013

Madu Sidr

Madu Sidr merupakan madu yang berasal dari Negara Yemen yang di percayai sebagai madu terbaik l di dunia. Madu sidr memiliki khasiat yang paling baik di dunia kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Madu sidr dihasilkan di Wadi Dao'an, Hadramaut, Rep. Yeman yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Sidr adalah pokok yang tertua di dunia yang tumbuh di Yemen dan hampir semua bahagian dari pohon ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

Memandangkan madu ini dihasilkan dari pohon yang amat istimewa, maka madu ini juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan berbagai masalah kesihatan yang lain serta sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan