Berikut klasifikasi tanaman Habbatussauda atau Jintan Hitam :
Kingdom : Plantae
Subkingdom : Traceabionta
Divisio : Spermatophyta
Subdivisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida dicotyledon
Sub Kelas : Magnoliidae
Ordo : Ranunculales
Famili : Ranunculaceae (buttercup)
Genus : Nigella L
Spesies : Nigella sativa L
Pohon
jintan hitam mempunyai daun tunggal kadang juga dijumpai berdaun
majemuk dengan posisi tersebar atau berhadapan. Bentuk daunnya bulat
telur berujung lancip pada permukaannya terdapat bulu halus memiliki
panjangnya 5 -10 cm. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pohonnya
menghasilkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan jintan ini
umumnya memiliki tinggi 50 centimeter berbatang tegak, berkayu dan
berbentuk bulat menusuk. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandung banyak
biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang
kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam setelah
terpapar di udara.
Tumbuhan ini mengandung glikosida saponin,
minyak atsiri, zat pahit, minyak lemak, d-limonena, simena, saponin, zat
pahit, jigelin, nigelon, dan timokonon. Berbagai kandungan ini didapat
dari biji Jintan Hitam.
Ahad, 12 Mei 2013
Kisah lebah mendapatkan madu
Alasan terbesar mengapa lebah membuat madu ialah kerana madu itu adalah bahan makanan dari lebah itu sendiri. Jadi, proses pembuatan madu itu tidak lain adalah mengumpulkan makanan untuk koloni lebah dalam satu sarang lebah. Langkah pertama yang dilakukan seekor lebah adalah mendatangi setangkai bunga dan menghisap nektar atau air madunya. Lalu, di dalam sebuah kantong madu, dibawalah nektar atau air madu itu pulang ke sarang lebah. Kantong madu ini adalah bahagian tubuh di depan perut lebah yang agak membesar dan berbentuk mirip sebuah kantong. Tentu saja ada terdapat sekat tertentu yang membatasi jaringan isi perut lebah dengan kantong madunya. Proses awal pembuatan madu sudah dimulai sejak nektar bunga atau air madu itu berada di dalam kantong madu seekor lebah. Zat gula yang terdapat dalam nektar bunga
mengalami suatu perubahan kimiawi. Langkah selanjutnya adalah proses
pembuangan sebahagian besar air yang terdapat dalam nektar atau air madu
itu. Hal ini terjadi dengan cara penguapan, yang terjadi kerana panas
suhu di dalam sarang lebah dan juga kerana adanya ventilasi atau pertukaran udara yang terjadi di dalam sarang koloni lebah. Madu yang berhasil dikumpulkan oleh lebah di dalam tempat penampungan madu di sarang lebah itu sangat kental, sebab komposisi air di dalam madu itu telah banyak berkurang, sehingga madu asli dapat disimpan untuk waktu yang lama tanpa mengalami pembusukan. Madu itu ditampung didalam tempat penampungan madu dengan maksud untuk mematangkan madu itu dan juga diperuntukkan sebagai sumber makanan cadangan bagi koloni lebah dalam satu sarang lebah.
Air madu yang didapatkan oleh lebah itu bukan hanya dari nektar bunga namun terkadang air madu itu boleh juga didapatkan dari sejenis zat cairan yang manis yang dikeluarkan dari berbagai macam getah tanaman tertentu. Madu dapat kita ambil dari sarang lebah
dengan berbagai macam cara; dapat diperas keluar dari sarang, atau
dapat juga langsung kita potong dari tempat penampungan madu yang
terpisah dari sarangnya. Tetapi sebahagian besar madu yang dihasilkan oleh penternak lebah diambil dengan semacam alat yang bernama pemeras madu. Alat ini berputar secara sentrifugal untuk mengalirkan madu itu keluar dari tempat penampungan madu.
Jenis madu itu berbeza-beza jenisnya, hal ini tergantung dari jenis bunga asal dari air madu itu dan dari keadaan lingkungan sekitar sarang lebah madu itu. Madu mengandung sejumlah zat nabati yang mengagumkan. Bahan utama yang terdapat dalam madu adalah dua macam zat gula yang dikenal dengan nama Levulosa dan Destrosa. Madu juga mengandung zat-zat yang lain iaitu: sejumlah kecil Sukrosa, Maltosa, Destrin, mineral, enzim dan vitamin dan sedikit protein dan asam. Madu juga berbeza dalam soal rasa dan warnanya tergantung dari sumber nektar yang diperoleh oleh lebah madu itu.
Rabu, 8 Mei 2013
Madu Sidr
Madu Sidr merupakan madu yang berasal dari Negara Yemen yang di percayai
sebagai madu terbaik l di dunia. Madu sidr memiliki khasiat yang paling
baik di dunia kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Madu sidr dihasilkan di Wadi Dao'an, Hadramaut, Rep. Yeman yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Sidr adalah pokok yang tertua di dunia yang tumbuh di Yemen dan hampir semua bahagian dari pohon ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Memandangkan madu ini dihasilkan dari pohon yang amat istimewa, maka madu ini juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan berbagai masalah kesihatan yang lain serta sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan .
Madu sidr dihasilkan di Wadi Dao'an, Hadramaut, Rep. Yeman yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Sidr adalah pokok yang tertua di dunia yang tumbuh di Yemen dan hampir semua bahagian dari pohon ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Memandangkan madu ini dihasilkan dari pohon yang amat istimewa, maka madu ini juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan berbagai masalah kesihatan yang lain serta sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan .
Black Seed
Jintan Hitam atau Habbatus Sauda (arab) dalam bahasa inggeris ialah Black Seed (Black Cumin/ Fennel). Dalam bahasa scientific ialah nigella sativa.
Harga minyak habbatus sauda naik
Update...makluman! Mulai 1 Jun 2013 minyak habbatus sauda tidak lagi BND$5.00, harga promosi akan berakhir dan dinaikkan kepada BND$6.00 semua maklumat nanti dikemaskini pada 1 Jun 2013.
Langgan:
Catatan (Atom)